Anda pastinya tertanya-tanya Apa Itu Hibah Takaful ?
HIBAH adalah istilah dalam bahasa arab dan maksudnya adalah “Hadiah“. Apabila ia dimaksudkan dengan hadiah, maka ia bertujuan memberikan sesuatu hadiah kepada insan yang istimewa pada hidupnya. Seperti suami hadiahkan sebentuk cincin kepada isterinya sebagai tanda kasih dan sayang. Abang hadiahkan kasut kepada adiknya dan sebagainya.
Tetapi, bagaimana pula dengan hibah dalam takaful?
Hibah sudah saya jelas iaitu bermaksud “Hadiah”. Takaful pula adalah suatu konsep saling membantu atau saling menolong sesama sendiri. Dan konsep takaful ini boleh diguna pakai dalam semua keadaan.
HIBAH TAKAFUL begini :
Hibah Takaful adalah pampasan kematian yang berbentuk tunai yang akan diberikan kepada waris selepas berlaku kematian kepada kita melalui tabung takaful.
Sebagai contoh, anda memohon Pelan Hibah Takaful yang bernilai RM350 ribu pampasan untuk di”hadiahkan” kepada ahli keluarga anda suatu hari nanti selepas ketiadaan anda. Apabila berlaku kematian kepada anda, pampasan “hibah” tersebut akan diserahkan kepada ahli waris yang masih hidup untuk meneruskan kehidupan seperti biasa.
Bagaimana Boleh Dapat Rm350 ribu pampasan ? Itulah yang dipaggil konsep takaful. Sesama ahli mencarum dan membantu ahli waris yang lain.
Jadi, mengapa Hibah Takaful penting kepada keluarga? kerana pampasan Hibah Takaful :
- Tidak akan di faraidkan
- 100% Hak Multak waris (penama)
- Tidak boleh di cabar pihak lain
- Aset tunai paling cepat cair untuk kegunaan harian
- Mudah Di uruskan kerana tidak melibatkan banyak pihak (Syarikat Takaful , Ejen , penama (waris)
- Mampu milik untuk mohon
Setiap keluarga sebaiknya menyediakan persiapan Hibah Takaful kepada keluarga masing-masing kerana kita selamanya tidak akan pernah tahu tarikh kematian kita. Jangan tinggalkan mereka dalam kekurangan dan bebanan hutang lama kita.
Kelebihan Hibah Takaful :
- Boleh menyara kos belanja hidup keluarga
- Melangsaikan hutang lapuk
- Membiayai persekolahan anak-anak
- Tidak menyusahkan ahli keluarga lain
- Boleh meneruskan kehidupan seperti biasa.
Pastikan mereka juga berhak bahagia walaupun kita sudah tiada nanti.