Wan Hafizuddin Takaful

Slide 2
ANDA MENCARI PELAN TAKAFUL TERBAIK?

Saya Sebagai Perunding Takaful Sepenuh Masa Sedia Berikan Nasihat Dan Perkhidmatan Terbaik

Slide 1
Lindungi Mereka Dengan Pelindungan Takaful Terbaik

Sediakan Pakej Terbaik Dan Komprehensif Untuk Anda Dan Keluarga Dengan Caruman Berbaloi

Slide 1
Pendaftaran Online Mudah & Cepat

Jom Semak Harga Dan Daftar Secara Online Dengan Mudah & Cepat

Slide 1
Bersama Kami Sebagai Perunding Takaful

Bersama Kita Membina Kejayaan Dan Pasif Income Dalam Industry Takaful

previous arrow
next arrow

Hibah Takaful Rm54,230.00

Kos Rawatan Elyana Rm22,244.64

Apply Sekarang Murah Ketika Muda

BERITA BAIK !!!!

BAGI PEMEGANG KAD PERUBATAN PRUBSN TAKAFUL, PIHAK TAKAFUL BERSEDIA UNTUK MENERIMA CLAIM TUNTUTAN DARIPADA HOSPITAL SWASTA UNTUK RAWATAN PESAKIT COVID19 BERMULA PADA 6 OGOS 2021.

SILA RUJUK KEPADA EJEN MASING-MASING UNTUK KETERANGAN LEBIH LANJUT .

Apa Yang Boleh Saya Bantu Anda ?

Lihat Pelan Pilihan Takaful Berikut

PruBSN AnugerahPlus

Pelan Medical Card

PruBSN Setia / Impian

Pelan Medical Card Komprehensif

PruBSN WarisanPlus

Pelan Hibah Berganda

PruBSN Aspirasi

Pelan Simpanan & Pelaburan

6 Sebab Kenapa Anda Perlu Memilih PruBsn Takaful

Terdapat Banyak Pakej Takaful Dalam Pasaran.
Kenapa Anda Perlu Memilih PruBSN?

PAKEJ INDIVIDU DAN KELUARGA

PruBSN menawarkan pakej untuk individu dan juga untuk keluarga anda.

HARGA MAMPU MILIK

Polisi PruBSN dipilih berdasarkan keperluan anda dengan harga berpatutan

PRODUK SYARIAH COMPLIANCE

Produk PruBSN adalah mengikut garis panduan Syariah dipantau oleh BNM

PELINDUNGAN KOMPREHENSIF

Produk PruBSN merangkumi manfaat kematian, sakit kritikal, simpanan, kemalangan & kad perubatan.

PANEL HOSPITAL MELUAS

Panel Hospital bagi PruBSN terdapat di seluruh negeri di Malaysia. Pilih sahaja mana yang anda mahu.

PELINDUNGAN MAKSIMUM

Polisi PruBSN melindungi anda dengan perlindungan maksimum sehingga RM4,000,000.

KENALI PERUNDING TAKAFUL ANDA

Assalamualaikum.

Saya Wan Hafizuddin Bin Wan Yusoff, salah seorang Perunding Takaful MDRT yang bernaung di bawah Agensi Al Isra’ Associates Sdn Bhd salah sebuah Agensi Bumiputera Melayu Muslim Terbesar di bawah Prudential Ansurance Malaysia Berhad dan PruBsn Takaful, Syarikat Takaful No1 terbaik di Malaysia.

Saya juga salah seorang Perunding Takaful Terbaik Peringkat International selepas di nobatkan salah seorang Million Dollar Round Table (MDRT) pada tahun 2021 dan 2022, iaitu pengiktirafan dunia kewangan dalam industri takaful dan insuran.

Alhamdulillah, 2x berturut-turut dinobatkan sebagai MDRT.

Saya berpengalaman hampir 6 tahun sebagai perunding takaful sepenuh masa . Kini dibawah seliaan saya terdapat sebanyak 800 sijil takaful yang  telahpun diberikan kepercayaan penuh kepada saya untuk menguruskan takaful keluarga mereka. Saya sangat optimis dan komited memberikan perkhidmatan dan nasihat terbaik berkaitan dengan keperluan pelindungan di bawah pakej komprehensif PruBsn takaful.

Ratusan ribu ringgit tuntutan yang telah berjaya diuruskan dibawah seliaan saya samada tuntutan kad perubatan untuk kemasukan ke hospital swasta, tuntutan rawatan di klinik, dan juga tuntutan pampasan kematian .

Buat yang TERBAIK,

Jadi yang TERBAIK,

Berikan yang TERBAIK.

 

Wan Hafizuddin Wan Yusoff

MDRT QUALIFIER 2021/2022

0132103498

Mudahnya Nak Dapatkan Pelan Takaful!
HANYA 3 STEPS SAJA!

STEP 1 :

DAPATKAN QUOTATION

STEP 2 :

SESI PENERANGAN

STEP 3 :

DAFTAR SECARA ONLINE

Claim & Servicing
MUNGKIN INI MEMBANTU ANDA..

INFO

Anda keliru, Mungkin ini membantu anda..

Ramai masyakat hari ini masih keliru antara Takaful dan juga Insuran. Ya, walaupun tujuannya sama iaitu untuk memberikan pelindungan tetapi ada konsep yang membezakan antara TAKAFUL dan INSURAN.

Takaful dan insurans memainkan peranan penting dalam memberikan perlindungan kewangan sekiranya perkara yang tidak diduga berlaku kepada anda, seperti mengidap penyakit kritikal, terlibat dalam kemalangan, mengalami kerugian harta benda, ataupun kematian.

1. Konsep Takaful : Setiap caruman adalah Tabarru’ (Derma) dan konsep saling menolong antara pencarum yang lain. Dapat pahala jika diniatkan dengan ikhlas dan betul.

Takaful menawarkan pelbagai jenis pelan yang merangkumi perlindungan hayat/Takaful keluarga, perubatan, pendidikan, pelaburan, dan banyak lagi. Berdasarkan kontrak Takaful, perjanjian yang dibuat adalah berlandaskan konsep Ta`awun (kerjasama dan tolong-menolong). Ini bermakna peserta atau pemegang pelan Takaful bukan sahaja dapat melindungi diri mereka sendiri apabila ditimpa musibah, tetapi juga memberi bantuan kepada peserta Takaful lain yang berkelayakan, serta penama mereka.

2. Konsep Insuran : Insurans melibatkan persetujuan antara orang yang dijamin (anda) dan syarikat insurans (yang akan menanggung risiko). Persetujuan ini dikenali sebagai polisi, dan untuk anda menerima perlindungan sebagai pemegang polisi, anda perlu membuat bayaran, juga dipanggil premium, kepada syarikat insurans yang berkenaan.

Premium yang dibuat akan dilaburkan oleh syarikat insurans. Anda tidak boleh memilih bagaimana pelaburan tersebut dibuat dan ini mungkin melibatkan perniagaan yang tidak mematuhi prinsip syariah, termasuk perniagaan yang mempunyai unsur perjudian, riba dan berisiko tinggi/ketidaktentuan.

Pastinya anda mahu apply MEDICAL CARD yang TERBAIK kan? ok, saya akan kongsikan apa kreteria yang perlu ada nilai untuk pastikan anda dapat pelan Medical Card yang BAIK dan TERBAIK.

1. Limit Tahunan Yang Tinggi : Anda perlu melihat pada berapa limit tahunan coverage medical anda kerana ada company meletakkan Rm100k setahun, Rm90k setahun dan ada sehingga Rm1 juta setahun seperti Pelan dari Prudential.

* Jangan tertipu dengan limit seumur hidup yang “UNLIMITED”, kerana yang akan membayar kos hospital adalah daripada limit tahunan.

2. Tempoh Cover : Semakin lama tempoh cover sesuatu pelan, adalah semakin baik. Contohnya begini, billa anda membeli TV pastinya anda mahukan warranty yang lebih lama kan? begitu juga dengan tempoh cover sesuatu pelan takaful.

3. Manfaat Sesuatu pelan : Setiap pelan takkan sama antara setiap company takaful di malaysia. Pastikan anda melihat berapa manfaat yang di tawarkan dalam sesuatu pelan takaful. Semakin banyak adalah semakin baik.

4. Pelan Stand Alone Atau Invesmnet Link : Ok, Mungkin ada keliru apa beza antara keduanya. Pelan InvesmentLink Lebih baik berbanding Pelan Stand Alone Kerana Pelan tersebut boleh menstabilkan pelan anda daripada cepat lapse / expied .

Mudahnya begine, pelan InvesmentLink ada cash value dan pelan Stand Alone tiada.

Cash value berfungsi sebagai Backup untuk menjaga sijil takaful anda daripada cepat lapse. sebab itu, jika ada ada tunggakan bayaran bulanan , sijil takaful anda tidak mudah untuk lapse/mati berbanding dengan pelan stand alone.

5. Jumlah Pampasan Yang Tinggi : pastikan anda mendapat jumlah pampasan yang mencukupi dalam setiap pelan yang di pilih.
Contohnya : Pampasan Kematian sekurnagnya RM100k.

ok, 5 sahaja kreteria yang saya kongsikan. semoga beranfaat dan bertambah info untuk anda.

 

Ok, Persoalan sebegini memang sentiasa berlaku dan ramai daripada kita akan memilih “MURAH” dahulu tanpa melihat manfaat sesuatu pakej tersebut.

“MAHAL vs MURAH” Pasti ada bezanya . Sesuatu harga caruman ini akan begantung kepada beberapa faktor .

1. Umur 2. Jantina 3. Kerjaya 4. Status Merokok

5. Manfaat Pakej

– Berapa coverage sesuatu pelan samada pelan medical atau hibah.

– Berapa lama tempoh yang di cover.

– Berapa manfaat yang ada dalam sesuatu pelan.

Jadi, Kesemua ini akan mempengaruhi samada “MAHAL @ MURAH” sesuatu Pelan.

“Harga Durian Musang King, Pastinya Takkan Sama Dengan Harga Durian Kampung” – kan?

Ini antara persoalan lazim yang menjadi kekeliruan untuk kita memilih antara 2 pakej Takaful. Perlu anda ketahui bahawa keduanya sangat penting akan tetapi anda boleh meletakkannya mengikut keutamaan. 

Antara Kad Perubatan dan juga Hibah Takaful, mana yang lebih utama ?

1. Jika anda bujang (lelaki / perempuan) : Kad Perubatan lebih utama.

2. Jika anda SUAMI dan mempunyai tanggungan yang ramai : Hibah Takaful lebih utama.

3. Jika anda ISTERI : Kad Perubatan Atau Pelindungan Sakit Kritikal Atau Keduanya (Jika Mampu)

4. Suami, Isteri dan Anak, Siapa yang LEBIH UTAMA perlu ada takaful : (A) Suami (B) Anak (C) Isteri

* Setiap daripada keluarga dan individu pastinya tidak sama mengikut keutmaan dan “bajet poket” masing-masing. Silalah berjumpa dan berbincang dengan ejen takaful yang anda percaya. 

Hibah takaful Adalah “Pampasan” Yang berbentuk Nilai Tunai yang disediakan oleh suami/ayah/isteri untuk diberikan kepada ahli waris yang mereka kasih setelah ketiadaan mereka suatu hari nanti.

 

Semua layak memohon dan memiliki hibah takaful ini kerana setiap daripada kita pastinya ada insan  yang kita sayangi.

1. Suami ; Sediakan kepada ahli keluarga (isteri dan anak-anak)

2. Isteri ; Sediakan kepada anak-anak untuk persiapan kos pendidikan akan datang.

* Isteri juga sebenarnya boleh memohon HIBAH TAKAFUL ini atas nama suami sendiri, walaupun isteri yang membayarnya kerana segala pampasan Hibah akan dapat juga kepada isteri.

* Penama bagi setiap Hibah Takaful boleh letak sehingga 10 orang .

 

Siapakah Mereka Yang “Wajib” Miliki Pakej Hibah Takaful :

1. Mereka yang sudah berkeluarga dan isteri suri rumah sepenuh masa.

2. Mereka yang mempunyai anak kecil dan ramai. (Ada anak tunggal atau anak OKU)

3. Mereka yang mempunyai bebanan HUTANG.

4. Mereka yang Berpoligami.

5. Mereka yang mempunyai Harta (*apatah lagi jika tidak punyai harta)

6. Mereka yang mempunyai perniagaan secara PERKONGSIAN.

Ramai yang tidak tahu KELEBIHAN HIBAH TAKAFUL yang sangat membantu anda dan keluarga pada masa akan datang.

1. Pampasan hibah takaful Tidak Boleh di FARAIDKAN.

2. Pampasan hibah Takaful adalah HAK MUTLAK waris 100% tanpa boleh di CABAR pihak lain.

3. Pampasan Hibah Takaful Mudah diuruskan kerana hanya melibatkan 3 pihak iaitu, Waris (penama), Pihak Takaful (syarikat) dan Ejen takaful (iaitu saya)

4. Pampasan Hibah Takaful Tidak Dibekukan dan tidak juga termasuk dalam Amanah Raya sepertima aset harta yang lain.

5. Pampasan Hibah Takaful boleh diserahkan kepada 10 penama dengan % yang telah dipersetujui.